Perbincangan tentang "Sasterawan Negara Wanita" pertama belakangan ini makin hangat. Ada desas-desus menyatakan, sudah ada beberapa nama penulis wanita yang telah dicalonkan untuk Anugerah Sastera Negara bagi tahun ini. Anugerah Sastera Negara, dalam konteks dunia kesusasteraan kebangsaan, ialah pengiktirafan paling tinggi dari kerajaan kepada golongan penulis.
Namun begitu, persoalannya, apakah memang ada penulis wanita yang betul-betul layak untuk menerima anugerah tersebut. Dalam satu wawancara dengan Dewan Sastera, SN Shahnon Ahmad, menjawab dengan tegas bahawa belum ada penulis wanita yang layak untuk dipertimbangkan. Sudah tentu, pandangan itu bersifat peribadi, namun, apabila dibuat oleh Shahnon Ahmad, maka menimbulkan pelbagai persepsi dan perbincangan.
Walau bagaimanapun, dalam kalangan penulis, ada ramai yang berpandangan sebaliknya. Bagi mereka, sudah ada penulis wanita mapan yang layak untuk dipertimbangkan, misalnya Fatimah Busu, Siti Zainon Ismail dan Datuk Zurinah Hassan. Ketiga-tiga penulis wanita iini dianggap representasi yang paling kuat, mempunyai nuansa yang tersendiri dan mempunyai sejarah yang panjang.
Biarpun begitu, ada juga penulis dan khayalak sastera yang terus bersifat sinikal. Misalnya mereka berpandangan bahawa, jika ada penulis wanita yang menerima Anugerah Sastera Negara, tindakan itu bukannya diasaskan oleh faktor merit dan kualiti, tetapi lebih kepada pertimbangan yang bersifat 'politik sastera' dan berasaskan 'kuota'. Apakah pandangan ini benar?
Menyedari hal ini terus diperkatakan, DOM yang akan dilangsungkan pada 22 Jun 2014 akan mengutarakan permasalahan ini untuk didialogkan. Untuk tujuan itu, 3 orang panel dijemput bagi mengupas hal ini iaitu Dr. Norhayati Abd. Rahman, Hafizah Iszahanid dan Wan Nor Azriq. Seperti biasa, DOM diadakan di Rumah PENA dan terbuka kepada semua pihak. Dialog akan bermula pukul 11.00 pagi.
Dialog Orang Muda (D.O.M)
Secara jujur, dalam DOM - kami mengimpikan keberanian penulis muda dalam memperkatakan hal-hal yang agak ditakuti atau selama ini tidak begitu berani diperkatakan. Kami mahu melihat percambahan idea dan pendapat - dan ingin kami nyatakan di sini - DOM ialah satu program yang diadakan untuk mengenal pasti pelbagai isu - sama ada bersifat falsafah, pop atau apa saja - yang timbul dan bergolak dalam sastera dan seni tanah air.
Selasa, 17 Jun 2014
Khamis, 29 Mac 2012
DOM Khas 7 April 2012: BUNOHAN
DOM Khas: Pengakuan Seorang Sutradara
Dain Sain akan membicarakan filem terbarunya, Bunohan
Tarikh: 7 April 2012 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi - 12.00 tgh hari
Tempat: Rumah PENA
Jumaat, 16 Mac 2012
Mac 2012: Sastera 'Urban'; Sastera Jadi-Jadian?
Tarikh: 18 Mac 2012 (Ahad)
Masa: 10.30 pagi
Tempat: Rumah PENA, Kuala Lumpur
Panelis:
1. Fazallah Pit; Penulis dan Pengamal Media Alternatif
2. Ainunl Muaiyanah; Penulis dan Editor Pemerolehan ITBM
3. Saat Omar; Penulis, Peserta Bengkel Novel MASTERA 2011
Moderator: Rebecca Ilham
Makan tengah hari disediakan.
Isnin, 16 Januari 2012
Februari 2012: Moraliti dalam Filem; Tanggungjawab Siapa?
Tarikh: 19 Februari 2012 (Ahad)
Masa: 10.30 pagi
Tempat: Rumah PENA, Kuala Lumpur
Panelis:
1. Mohd. Ali Atan; Kolumnis Filem, Pancaindera
2. Azhar Ruddin; Pengajar dan Pengajar Filem
3. Aidil Rusli; Kolumnis Filem, The Malaysian Insider
Moderator: Fadli al-Akiti
Makan tengah hari disediakan.
Masa: 10.30 pagi
Tempat: Rumah PENA, Kuala Lumpur
Panelis:
1. Mohd. Ali Atan; Kolumnis Filem, Pancaindera
2. Azhar Ruddin; Pengajar dan Pengajar Filem
3. Aidil Rusli; Kolumnis Filem, The Malaysian Insider
Moderator: Fadli al-Akiti
Makan tengah hari disediakan.
Isnin, 9 Januari 2012
Januari 2012: PPSMI; Kita Tewas?
Hasil kerja Sinaganaga |
Tarikh: 15 Januari 2012 (Ahad)
Masa: 10.00 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat: Rumah PENA
Masa: 10.00 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat: Rumah PENA
Panelis:
1. Dr Mohammad Alinor Abdul Kadir; Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI)
2. Sdr. Imran Mustafa; Himpunan Keilmuan Muslim (HAKIM)
3. Sdr. Ng Yap Hwa; Setiausaha, Pusat Pengembangan Kebudayaan LLG
Moderator: Arif Atan
Makan tengah hari disediakan.
Rabu, 28 Disember 2011
Disember 2011:Kebebasan Akademik dan AUKU; Pro dan Kontra
Tarikh: 31 Disember 2011 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat: Rumah PENA
2. Sdr. Syukri Razab; Pengerusi, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
3. Sdr. M. Farid Zuhri; Yang Dipertua, MPP UiTM
4. Sdr. Mohd Khairul Anwar Ismail; Biro Khas dan Undang-Undang, ABIM.
Moderator: Rebecca Ilham
Makanan tengahari disediakan.
Masa: 10.00 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat: Rumah PENA
Panelis:
1. Sdr. Asyraf Isyraqi; Felo, Himpunan Keilmuan Muslim (HAKIM)2. Sdr. Syukri Razab; Pengerusi, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
3. Sdr. M. Farid Zuhri; Yang Dipertua, MPP UiTM
4. Sdr. Mohd Khairul Anwar Ismail; Biro Khas dan Undang-Undang, ABIM.
Moderator: Rebecca Ilham
Makanan tengahari disediakan.
Kredit foto: Rozlan M Noor |
Kredit foto: Nazmi Yaakub |
Rabu, 16 November 2011
November 2011: Bahasa dalam Filem Malaysia Kontemporari
Tarikh: 20 November 2011 (Ahad)
Masa: 10.00 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat: Rumah PENA
Masa: 10.00 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat: Rumah PENA
Panelis:
1. Shahid Johan; Penerbit Drama, Balang Rimbun
2. Wan Azli; Pengarah, filem Budak Kelantan
Moderator:
Ariff Mohamad
Langgan:
Catatan (Atom)