Khamis, 4 November 2010

November 2010: Dilema Filem Malaysia

Poster hasil kerja 'berapi' Sinaganaga


Tarikh: 14 November 2010 (Ahad)
Masa: 10.00 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat: Rumah PENA 



Panelis:
1. Sdr Fadli al-Akiti; Blogger/Pengkritik Filem/Novelis
2. Sdr Ajami Hashim; Blogger/Pengkritik Filem



Moderator: Muhammad Lutfi Ishak



Masuk percuma. Makan tengah hari disediakan

Isnin, 4 Oktober 2010

Oktober 2010: Penulis Wanita: Antara Idealisme dan Realiti

Foto ihsan Nazmi Yaakub


Tarikh: 16 Oktober 2010 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat: Rumah PENA


Panelis:
1. Hafizah Iszahanid, Novelis yang juga wartawan Edisi Mingguan, Berita Harian
2. Hazwani Rameli atau lebih dikenali sebagai Rebecca Ilham, Cerpenis Muda
3. Pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (Novel), Sri Rahayu Mohd Yusop

Moderator: Ariff Mohamad


Masuk percuma. Makan tengah hari disediakan 


Foto ihsan Nazmi Yaakub

Laporan dalam akhbar The Sun 


Sabtu, 4 September 2010

September 2010: Sasterawan vs Politikus; Siapa Tunggang Siapa?

Tarikh: 18 September 2010 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat: Rumah PENA 


Panelis:
1. Syafiq Zulkafli; Editor PTS dan mantan Setiausaha Agung, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)
2. Arif Atan; Tutor UM dan bekas Pegawai Tadbir Diplomatik


Moderator: Nazmi Yaakub


Sempena Aidilfitri 1431H juga, kita akan adakan potluck Aidilfitri. Anda dipersilakan untuk membawa sedikit makanan sebagai tambahan minum pagi yang disediakan PENA.

Selepas kita kata-mengata, kita pun bersalam-salaman. Alangkah indahnya hidup, kan? :)

Rabu, 4 Ogos 2010

Ogos 2010: Hadiah Sastera Perdana Malaysia; Perdana@Tidak?

Foto ihsan Nazmi Yaakub
Tarikh: 7 Ogos 2010 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat: Rumah PENA


Panelis:
1. Rahimidin Zahari; Penyair dan penulis skrip teater serta Editor Majalah Pentas, Istana Budaya
2. Siti Raihani Mohd Saaid, Penyair dan penulis
3. Salman Sulaiman; Penyair dan penulis

Masuk percuma. Makan tengah hari disediakan

Ahad, 3 Januari 2010

Bagaimana DOM Bermula - Muhammad Lutfi Ishak

Entri asal dari blog peribadi Muhammad Lutfi Ishak, Biro Penulis Muda PENA

Idea untuk melaksanakan Dialog Orang Muda (DOM) sebenarnya lahir dalam satu pertemuan dengan rakan-rakan penulis di Bangsar Selatan. Dialog Orang Muda ialah legasi Dialog Pinggir, yang pernah saya dan Saiful laksanakan dahulu - namun, akhirnya Dialog Pinggir itu betul-betul terpinggir.

Dialog Orang Muda sebenarnya bukanlah kerja seorang individu. DOM ialah kerja sekumpulan penulis muda yang mempunyai visi dan misi untuk menghidupkan kembali wacana dalam konteks sastera tempatapan. Suka saya sebutkan juga, dua orang yang paling penting dalam DOM ialah Saifullizan, dan seorang lagi ialah seorang wartawan sastera yang juga penulis - yang sentiasa memimpinkan dunia sastera yang lebih hangat dan bermakna dalam mimpi-mimpinya ketika sering tidur di rumah PENA.Tanpa kedua-dua orang tenaga penting itu - DOM yang telak dilaksanakan pada 6 Mac yang lalu - sukar untuk dibayangkan kelahirannya.

Secara jujur, dalam DOM - kami mengimpikan keberanian penulis muda dalam memperkatakan hal-hal yang agak ditakuti atau selama ini tidak begitu berani diperkatakan. Kami mahu melihat percambahan idea dan pendapat - dan ingin kami nyatakan di sini - DOM ialah satu program yang diadakan untuk mengenal pasti pelbagai isu - sama ada bersifat falsafah, pop atau apa saja - yang timbul dan bergolak dalam sastera dan seni tanah air.

Sebab itu, corak dialog ini lebih bersifat 'pertukaran dan penyanggahan pendapat' antara panel dan audiens. Kami sengaja mewujudkan suasana sebegini akibat muak dengan pelbagai tanggapan yang sentiasa meletakkan penulis/orang muda di bawah perkiraan yang munasabah. Dalam kata yang lain, orang/penulis/seniman muda menjadi mahkluk subordinat - makhluk pinggiran. Dan saya pun tidak tahu, entah mengapa pendapat sebegini dibiarkan berleluasa oleh golongan muda sendiri, tanpa sebarang perlawanan. Secara peribadi, saya melihat orang muda sangat istimewa. Kerana itu, saya cukup meluat dengan sesetengah orang, khususnya penulis mapan, yang apabila bercakap, seolah-olah merasakan isi percakapan mereka ialah satu sabda dan fatwa. Seolah-olah, pandangan mereka akan diterima tanpa kritikan.

Kita sebenarnya hidup dalam konteks masa yang sangat berbeza. Suasana politik kita ternyata bukanlah mesra sangat dengan dunia sastera. Begitu juga dengan masyrakat - yang sudah terpisah jauh dari orang sastera, akibat orang sastera sendiri yang tidak mahu berada di dalam masyarakat. Akibat orang sastera sendiri yang mahu hidup dalam dunia kecil mereka. Lihat sahaja dalam konteks PPSMI yang kejam itu; kita harus bertanya di mana suara orang muda? Adakah suara orang muda hanya layak untuk mengisi ruang kosong di jalan raya?

Banyak lagi persoalan yang harus dijawab dengan berani oleh kita; orang muda. Dunia ini, ialah dunia orang muda. Dan dunia sastera ini, memerlukan orang muda, yang berani melakukan kritikan, terhadap sesiapa sahaja, yang boleh meruntuhkan nilai dan dunia sastera ini.

Sabtu, 2 Januari 2010

Rumah PENA

Alamat:
Rumah PENA
JKR 961-7, Jalan Dewan Bahasa
50460 Kuala Lumpur


Pengangkutan Awam:
- Aliran Ampang/Sri Petaling: Stesen Hang Tuah
- Monorel: Stesen Hang Tuah/ Stesen Maharajalela