Selasa, 4 Januari 2011

Januari 2011: Dasar Kebudayaan Kebangsaan; Kata Orang Muda

Tarikh: 16 Januari 2011 (Ahad)
Masa: 10.00 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat: Rumah PENA

Apa itu Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK)?

DKK adalah hasil daripada rumusan Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang berlangsung pada 16 hingga 20 Ogos 1971 dan berlandaskan kepada tiga prinsip iaitu:

* Kebudayaan Kebangsaan Malaysia haruslah berasaskan kebudayaan asli rakyat rantau ini;

* Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur kebudayaan kebangsaan; dan

* Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan itu.

Apakah cabarannya?

Banyak, dari pluralisasi hinggalah liberalisasi budaya dan gaya hidup hedonistik. Apa yang generasi muda faham tentang DKK? Atau wajarkah DKK dipertahankan? Atas masa depan apa yang mahu kita lihat tak kira daripada perspektif politik, sosial, ekonomi, pendidikan atau bahasa.

Dan kita bertanyakan hari ini: Apakah sebenar cara hidup dan pandangan hidup generasi muda kini?


Ahli panel:

1. Mohd Hilmi Ramli,
Ketua Biro Penerangan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)/Felo Himpunan Keilmuan Muslim (HAKIM)
2. Mohd Dahri Zakaria, Setiausaha Persatuan Aktivis E-Sastera Malaysia (E-SASTERA)
3. Ali Bukhari Amir, Wartawan Bebas

Moderator: Ariff Mohamad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan