Isnin, 3 Oktober 2011

Oktober 2011: Penulis Luar Sastera; Penyelamat Sastera Kebangsaan?

Poster hasil kerja Sinaganaga


Tarikh: 16 Oktober 2011 (Ahad)
Masa: 10.00 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat: Rumah PENA

Dalam Dewan Sastera September 2011, Nisah Haron menulis "Penulis Luar Bidang Sastera Lebih Hebat?" sambil mengongsi gurauan lewat Bengkel MASTERA di Bogor bahawa "pengkritik sastera adalah sasterawan yang gagal!"

Siti Zarina Md Israry pula membincangkan "Keunikan Karya Penulis Bukan Bidang Sastera."

Hah, apa pula kata orang sastera totok? Luahkan semuanya di DOM 16 Oktober nanti!

Panelis:
1. Dr. Ramzah Dambul; Pensyarah, Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
2. Puan Nisah Haji Haron; Penulis dan Mantan Peguam
3. Sdr Mohd Ali Atan; Penulis dan Pelajar Sarjana Sastera, Universiti Malaya (UM)


Moderator: Rebecca Ilham


Masuk percuma. Makan tengah hari disediakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan